BAHAN P&P DAN KEMAHIRAN MEMBACA
"Membaca jambatan ilmu" merupakan kata hikmah yang tidak asing bagi seseorang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengguasaan dalam satu-satu bahasa itu. Pembacaan yang banyak akan menjana ilmu serta kosa kata yang banyak, di samping menjana minda seseorang untuk terus berfikir dan terus maju ke hadapan. Masyarakat yang membaca merupakan masyarakat yang maju dan lebih jauh ke hadapan. oleh itu, tidak dinafikan bahawa membaca ini merupakan satu kemahiran yang penting terutamanya kepada seorang bakal guru yang bakal menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. sebagai seorang guru juga haruslah menekankan budaya membaca terhadap muridnya supaya dapat menjadi masyarakat yang berilmu.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
1. Untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
2. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
3. Untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
4. Untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu didedahkan dengan bahan pelajaran yang bersesuaian dengan matlamat penguasaan kemahiran membaca yang telah disasarkan oleh guru. Dua jenis bahan yang paling sesuai dalam merangsang penguasaan kemahiran membaca murid ialah BAHAN TEKS dan BAHAN VIDEO

Bahan Teks
Bahan teks datang dari pelbagai jenis. Contoh teks tidak semestinya karangan biasa yang membosankan dan terlalu panjang. Sebaliknya, bahan-bahan teks (tulisan) ini boleh dipelbagaikan. Contoh bahan teks ialah karya sajak, pantun, petikan akhbar, bahan soal jawab atau petikan rencana. Sila muat turun bahan teks di bawah untuk contoh yang lebih jelas.
teks.rar | |
File Size: | 70 kb |
File Type: | rar |
Bahan Video
Bahan video digunakan untuk pelbagai tujuan dalam satu set pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, pemilihan yang teliti perlu dibuat untuk menyediakan bahan-bahan video kerana bukan semua bahan video yang ada sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan contoh bahan video yang sesuai digunakan dalam P&P kemahiran membaca