REFLEKSI MINGGU 3
Kemudahan elektronik dan ICT pada zaman ini semakin maju dan membolehkan maklumat disampaikan dalam waktu yang singkat. Kemudahan ini membolehkan manusia untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun, sebaik-baik bahan yang dicipta oleh manusia ini tetap ada keburukannya apabila manusia menyalahgunakan kelebihan yang ada. Maka dengan itu, jenayah siber menjadi satu perkara yang tdak asing lagi buat pengguna-pengguna kemudahan ICT ini. Berikutan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi, sebagai seorang pengguna haruslah memahami panduan penggunaan internet itu sendiri.
Seiring dengan taju yang diberi pada minggu ini iaitu berkaitan dengan pencarian bahan tentang garis panduan dan tatacara penggunaan internet. kami diminta untuk mencari bahan berkaitan dengan cara penggunaan internet, selepas itu, bahan yang telah kami dapati dari internet akan kami olah dan kami huraikan lalu dimasukkan dalam bentuk brosur dan juga power point. selepas itu, kami akan memuatk naikkan bahan-bahan tersebut ke dalam internet sebagai salah satu tugasan kami yang telah siap dilaksanakan.
Tugasan pada minggu ketiga ini seperti biasa mencabar pelatih untuk memberikan yang terbaik daripada mereka dalam melaksanakan tugasan ini. walaubagaimanapun, bagi saya tugasan pada minggu ini agak mudah berbanding dengan tugasan-tugasan sebeum ini mungkin disebabkan latihan yang telah dilakukan dan juga kemahiran mencari maklumat dalam internet yang telah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain itu juga, saya dapati bahawa tugasan pada minggu ini menyeru kepada pengguna-pengguna internet agak berwaspada ketika menggunakan internet kerana jika kerana nila setitik, maka akan rosak susu sebelanga, kerana kesilapan sedikit maka ia akan merugikan kita.
Oleh yang demikian, itu sajalah coretan yang dapat saya sampaikan dalam minggu yang ketiga ini, semoga segala ilmu yang didapati dalam minggu ketiga ini dapat dijadikan sebagai ilmu yang bermanfaat dan pedoman yang membantu pengguna supaya berhati-hati dalam menggunakan internet. sekian, wallahualam.