REFLEKSI KESELURUHAN
Setelah lima minggu menjalankan tugasan mingguan yang telah diberi, maka tibalah kemuncak segala tugasan di mana refleksi ini akan menjadi satu penutup bagi tugasan BMM 3105 ( Pengajaran dan Pembelajaran berbantukan Komputer) ini, sesungguhnya ilmu dan pembelajaran tidak pernah tamat, apa yang ingin diutarakan ada sebagai satu persimpangan dan permulaan untuk ke satu peringkat yang lebih tinggi. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berjaya menghabiskan tugasan-tugasan mingguan dan laman sesawang ini dengan badan yang sihat dan motivasi yang berlanjutan.
Tugasan ini sememangnya mencabar minta dan kemahiran saya untuk terus memberikan yang terbaik daripada diri saya sendiri. Sesungguhnya yang baik itu adalah datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk itu juga adalah berasal dari Allah namun disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Bak kata peribahasa Melayu, Bumi mana tidak ditimpa hujan. Merujuk kepada perkara itu, tidak dinafikan bahawa segala kesilapan yang pernah saya lakukan semasa melaksanakan tugasan ini banyak memberi kesedaran dan motinasi kepada saya untuk terus memperbaiki diri agar dapat menjadi guru yang proaktif dalam menjana kecemerlangan murid.
Di zaman ICT yang serba maju ini, tidak dinafikan penggunaan komputer dalam kehidupan semakin menjadi satu keperluan, segala maklumat yang diperlukan kini mampu didapati dengan hanya menggunakan jari sahaja. Maka, sebagai iktibar daripada perkara itu, kita haruslah memajukan diri kita dengan mengikuti perkembangan semasa agar kita tidak ketinggalan di belakang yang menjadi katak di bawah tempurung, apatah lagi kita yang bakal menjadi warga pendidik, sesungguhnya ilmu ICT ini amat penting buat kita kerana kitalah yang akan menjadi pemimpin kepada murid kita dalam penggunaan ICT ini pada masa yang akan datang. Sekiranya kita tidak menguasai ilmu ini, sudah tentu murid kita akan mempermainkan kita dalam kerja ICT ini.
Merujuk kepada tugasan, saya telah mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan ini di laman-laman sesawang yang berkaitan. Bahan-bahan tersebut telah saya olah dan saya muatnaikkan ke blog ini. Tugasan dari minggu satu sehingga minggu empat hanya memerlukan saya untuk mencari bahan di laman sesawang dan mengolah bahan tersebut untuk dimuatnaikkan ke laman ini. Pada pendapat saya, tugasan pada minggu-minggu tersebut agak mudah jika dibandingkan dengan tugasan pada minggu kelima iaitu tugasan yang memerlukan saya untuk menghasilkan satu pakej pembelajaran yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, dari segi pencarian bahan untuk menghasilkan pakej itu menjadi agak mudah bagi saya kerana bahan-bahan yang telah dikumpulkan dari minggu-minggu yang lalu banyak membantu dan melancarkan kerja saya dalam mencari bahan.
Tugasan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini banyak menguji saya dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini kerana tugasan ini melatih saya untuk mengasilkan bahan-bahan berkaitan dengan ICT dan seterusnya memperkembangkan kemahiran menggunakan ICT saya. Tidak saya nafikan bahawa sepanjang kuliah BMM 3105 ini, saya mempelajari banyak perkara yang sebelum ini tidak pernah saya bayangkan. Hasil daripada tugasan ini, saya sudah mampu menghasilkan blog saya sendiri dan dapat saya masukkan bahan-bahan penting yang boleh dijadikan rujukan buat rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang mahu menggunakan bahan saya dengan berhemah. Jika sebelum ini saya tidak pandai menggunakan teknik pemotongan filem, sekarang saya sudah mampu untuk menghasilkan satu hasilan kerja pemotongan filem yang menarik.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu dalam perkembangan diri saya. Oleh itu, saya berharap semoga segala ilmu yang saya dapati dari BMM3105 ini dapat saya terapkan dalam pengajaran dan pengajaran di sekolah suatu hari nanti.