REFLEKSI MINGGU 4
Assalamualaikum wbt. salam pertemuan sekali lagi buat kita di minggu yang keempat ini, seperti biasa minggu-minggu yang lalu, setiap minggu dalam subjek BMM3105 ini akan diberi tugasan berkaitan dengan tajuk yang telah disediakan oleh pensyarah pembimbing. Untuk tidak membuang masa lagi, saya teruskan refleksi minggu 4 ini dengan tajuk tugasan yang telah diamanatkan oleh pensyarah bimbingan. Tajuk tugasan yang diberikan pada minggu ini adalah, pelatih diminta untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan sastera, tatabahasa dan lain-lain yang berkaitan.
Merujuk pada tugasan pada kali ini, ia memerlukan pelatih untuk mencari maklumat di internet berkaitan dengan bahan-bahan sastera sama ada sastera berbentuk prosa ataupun sajak. Dalam tugasan pertama ini, saya telah mencari bahan tersebut di internet dan menyediakan contoh bahan tersebut. Bahan tersebut kemudian dimuatnaikkan ke laman ini. Setelah itu, saya mencari pula bahan berkaitan dengan tatabahasa, bahan yang telah saya pilih dan saya muatnaik ke laman ini adalah berkaitan denga kata hubung. Akhir sekali, bahan lain-lain pula ialah berkaitan dengan isu-isu semasa yang menjadi perhatian ramai. Bahan tersebut juga telah saya carikan dan saya murnikan lalu saya muatnaikkan seperti biasa ke laman web ini.
Melalui tugasan yang telah dilakukan, saya dapat membezakan bahawa setiap orang mempunyai idea yang berbeza, dan idea-idea tersebut merupakan idea yang kreatif dan menghiburkan. Dengan wujudnya perkembangan teknologi ICT ini, mereka dapat menyampaikan idea mereka dalam bentuk yang dapat dibaca dan dihayati oleh orang ramai. Maka, dengan itu segala idea dan fikiran mereka tidak sia-sia kerana telah mempunyai ruang untuk dipamerkan dan dinilai oleh masyarakat sendiri.
Kesimpulannya, tugasan minggu keempat ini membuka mata saya bahawa ia kelebihan penggunaan ICT ini, ia menjadi satu medan media yang sangat luas dalam menyampaikan idea dan fikiran masing-masing, walaubagaimanapun ia perlu ditafsir dan dinilai secara baik bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan berguna.