BMM 3105( PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER)
Laman ini dibangunkan oleh Mohd Haffizal Pung,
pelatih Pismp Bahasa Melayu Semester 3,
IPG Kampus Keningau, Sabah.
Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kursus major untuk pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Kursus ini bernilai 3 kredit dan dilaksanakan secara amali yang berjumlah 90 jam.

Seuntai Kata Untuk Dirasa, Sekalung Budi untuk Dikongsi
Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Selamat datang, selamat bertemu dan selamat melayari serta selamat menggunakan laman ini dengan sebaiknya. Para pelatih Pismp semester 3, 2012 di IPG Kampus Keningau yang mengikuti kursus bagi subjek BMM 3105 diberi pengkhususan untuk membangunkan laman ini. Laman ini mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan kandungan kursus yang disusun mengikut minggu. Bahan yang disediakan merupakan input yang pernah digunakan semasa kuliah dan akan ditambah dari semasa ke semasa sesuai dengan matlamat kursus ini yang bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, sudah semestinya kaedah pembelajarannya adalah berorientasikan amali dan aplikasi secara online dan offline.
Sebarang penambahan dan peningkatan ilmu akan ditambah ke dalam laman ini dari masa ke semasa dan akan mendapat perhatian daripada pensyarah bimbingan. Semoga segala dapatan ilmu yang kita dapat daripada laman ini mendapat berkat dan hikmah daripadaNya.Wallahualam, sekian dan selamat maju jaya.