REFLEKSI MINGGU 5
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, bertemu kita kembali dalam refleksi yang kelima ini, untuk minggu ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk membina satu pakej pembelajaran yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Mengikut serba sedikit penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, pakej pembelajaran yang dibangunkan mestilah berpandukan RPH yang dibina sendiri oleh guru pelatih.
Pertama sekali ketika melaksanakan tugasan ini, saya perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan tahap murid yang ingin saya tujukan, dan setelah membaca Huraian sukatan pengajaran tahun 1 hingga tahun 6, saya memutuskan untuk membangunkan pakej pembelajaran bagi murid-murid tahun 4. Selepas itu, saya mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam pakej tersebut. Sejujurnya, aktiviti membina pakej pembelajaran adalah suatu perkara yang baru bagi saya. Bagi saya membina pakej pembelajaran sangat berbeza dari segi cara pembinaannya.
walaubagaimanapun, ketika saya menghasilkan pakej pembelajaran ini, saya telah melakukan kesilapan dengan memilih warna yang tidak sesuai dengan kontras tulisannya sehingga menyebabkan ia tenggelam di sebalik warna yang lain. Namun, hasil kesilapan tersebut saya telah mengambil iktibar untuk memilih warna yang sesuai dengan pengajaran terhadap murid pada masa yang akan datang.
Dalam pada itu, tugasan membina laman web juga telah mendedahkan saya tentang satu cara baru untuk mendekati dunia ICT bagi tujuan pendidikan. Saya mengaku bahawa banyak masa yang saya habiskan berhadapan dengan komputer dan mengakses internet tetapi tidak pernah timbul pula keinginan di dalam diri saya untuk membina laman web sendiri. Dalam perkiraan saya, membina laman web adalah satu kerja melecehkan, sukar dan membuang masa. walaubagamainapun, anggapan saya tersebut adalah kurang tepat.
kesimpulannya, pakej pembelajaran ini banyak memberi ilmu kepada saya tentang cara menghasilkan pakej yang mantap dan mampu menarik perhatian murid.